WELCOME TO SARAWAK TEACHERS' UNION SAMARAHAN DIVISION

Saturday, February 7, 2009

Dari Akhbar Mingguan Sarawak - 8 Februari 2009
BERHATI-HATI BUAT KENYATAAN BERHUBUNG ISU AGAMA:
Kesatuan Guru Sarawak (STU) memohon para peminpin dan semua pihak di negara ini agar berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan atau menyuarakan pendapat mengenai isu perkauman.
Presidennya, William Ghani Bina, membuat rayuan tersebut semasa berucap pada majlis Ramah Tamah Tahun Baru Cina 2009 anjuran STU di pejabat Bahagian Kuching hari ini (Sabtu)
"Api memang senang untuk dimulakan, namun jika ia sudah menjadi besar akan menjadi susah dikawal, sehingga mungkin menyebabkan ia membakar diri orang yang memulakan," katanya.
Ghani berkata perbincangan mengenai perkara seperti itu (isu-isu perkauman dan berkaitan agama) tidak sepatutunya dibuat secara terbuka, dan bukannya dibuat secara peribadi seoalah-olah bertujuan memulakan hasutan, terutamanya ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang mungkin membuatkan seseorang itu sukar mengawal perasaannya.
"Saya ingin merayu di sini, bagi pihak STU, agar pemimpin dan rakyat Malaysia mengawal diri mereka dari membuat komen-komen yang boleh menggugat perpaduan di negara ini," katanya.
Majlis itu dihadiri oleh ahli-ahli exco STU Pusat dan bahagian Kuching.
Ghani menggambarkan STU sebagai 'mini-Malaysia' dan ahli-ahlinya di seluruh Sarawak terdiri dari mereka yang berasal daripelbagai latar belakang kaum dan agama, dari semua negeri Malaysia.
"Pada setiap hari perayaan, ahli-ahli kita yang menyambutnya namun tidak mempunyai saudara-mara di sini boleh menyabut bersama kita. Kita di STU, tidak kira apa bangsa atau agama boleh menyambut setiap perayaan bersama-sama," kata beliau.

No comments: