WELCOME TO SARAWAK TEACHERS' UNION SAMARAHAN DIVISION

Sunday, October 4, 2009

Muhyiddin akan lancar Bulan Bahasa Kebangsaan

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat nasional di sini Selasa ini, dijangka menemui pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri semasa lawatan beliau sehari ke Sarawak. Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang mempengerusikan jawatankuasa penganjur lawatan itu di sini hari ini, bagaimanapun tidak memberitahu agenda lawatan tersebut pada mesyuarat tertutup dengan empat anggota parti komponen BN negeri. Beliau berkata, Muhyiddin dijadual menghadiri majlis ramah tamah Hari Raya anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Kuching di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lama di sini selepas pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan itu.
Kira-kira 5,000 orang dijangka menghadiri majlis itu di Stadium Perpaduan, katanya sambil menambah bahawa aktiviti yang diadakan termasuk tayangan video Bulan Bahasa Kebangsaan, koir 1Malaysia dan "Tiada Kata Secantik Bahasa" oleh Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, penceritaan dan nyanyian artis popular Ramli Sarip. Awang Tengah berkata Muhyiddin kemudian akan merasmikan majlis pecah tanah sebuah blok baru SMK Kuching High. - Bernama

No comments: