WELCOME TO SARAWAK TEACHERS' UNION SAMARAHAN DIVISION

Friday, March 12, 2010

Bantuan perkapita kokurikulum dinaikOleh Hassan Omarhassanomar@bharian.com.my2010/03/13
MUHYIDDIN bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketawa bersama penjual ikan, Margaret Jipulis (kanan) ketika mempromosikan belut.Peruntukan terlalu rendah, perlu ditambah: Muhyiddin
KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan perkapita kokurikulum setiap pelajar sekolah dinaikkan daripada RM2 sekarang, manakala sistem penyimpanan data guru yang bakal ditugaskan di luar bandar dan pedalaman diperkemas. Timbalan Perdana Menteri menyifatkan bantuan berkenaan sekarang terlalu rendah dan perlu ditingkatkan sejajar usaha Kementerian Pelajaran memperkukuh pembabitan pelajar dalam bidang kokurikulum, terutama sukan. "Kita akan pastikan jumlah peruntukan lebih daripada sedia ada supaya sekolah dapat melaksanakan lebih banyak kegiatan. Minggu depan kami akan bermesyuarat membincangkan perkara ini," katanya selepas majlis bersama warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu, di Bukit Padang, dekat sini.
Mengenai sistem penyimpanan data guru, Muhyiddin berkata, beliau sudah mengarahkan pegawai kementerian menyediakan sistem lebih kemas dan terkini yang bukan setakat membabitkan maklumat mengenai guru itu sendiri, malah keluarga mereka bagi menjadikan pertukaran dan penempatan dilaksanakan secara lebih telus.
Katanya, sistem berkenaan akan memudahkan Jabatan Pelajaran negeri menyusun jadual penempatan guru baru dan pertukaran guru berpengalaman untuk bertugas di luar bandar dan pedalaman, bagi mengelakkan mereka menghadapi masalah untuk ditukarkan.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, kementerian akan mengkaji elaun tertentu untuk guru di pedalaman sebagai menghargai pengorbanan mereka bertugas di kawasan yang tidak memiliki infrastruktur lengkap.
Mengenai guru tidak lagi diberikan peluang menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pada tahap empat untuk membolehkan mereka menikmati peningkatan gaji jika lulus pada tahap tiga, Muhyiddin berkata, kementerian akan meneliti perkara itu.
"Kita kumpulkan maklumat keluarga guru seperti dia tinggal di mana, suami dia kerja apa dan dia ada beli rumah atau tidak. Guru mesti tahu bila dia akan ditukarkan supaya boleh buat persediaan. Bagi guru baru pula, dia harus bersedia ditukarkan ke luar bandar dan pedalaman," katanya.
Muhyiddin juga berkata, masalah murid menumpang di sekolah lain kerana bilik darjah tidak cukup tidak harus berlaku tetapi sukar dielakkan berikutan pertambahan penduduk di sesuatu kawasan sukar dijangka.
Beliau berkata bagi mengatasi masalah itu, kerajaan harus menyediakan peruntukan besar kerana untuk membina sebuah sekolah, peruntukan tidak kurang RM50 juta diperlukan.
Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pelajaran terpaksa menyediakan kabin sebagai bilik darjah sementara sebelum bangunan tambahan dibina.
Sementara itu, ketika menjawab soalan dalam sesi berkenaan, Muhyiddin berkata, kementerian akan mengkaji elaun tertentu untuk guru di pedalaman sebagai menghargai pengorbanan mereka bertugas di kawasan yang tidak memiliki infrastruktur seperti bekalan tenaga elektrik, jalan raya dan bekalan air.
Mengenai guru tidak lagi diberikan peluang menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pada tahap empat untuk membolehkan mereka menikmati peningkatan gaji jika lulus pada tahap tiga, Muhyiddin berkata, kementerian akan meneliti perkara itu.
Beliau bersetuju guru dan pegawai di pejabat pelajaran daerah tidak harus disekat menikmati kenaikan gaji selepas lulus tahap tiga PTK dan akan membincangkannya dengan pegawai kementerian itu.
Kata Pengetua:
Masalah pertukaran guru adalah masalah lama. Guru luar bandar sukar pindah ke bandar kerana jarang guru bandar yang pindah keluar bandar walaupun ada elaun luar bandar. Guru luar bandar mahu pindah ke bandar kerana keluarga mereka di bandar, mereka beli rumah di bandar atau hendak tukar angin / "mencari pengalaman" baru. Sekarang ini sistem point digunakan. Walau bagaimanapun, masalah timbul kerana tiada kekosongan di bandar walaupun point telah dicapai.
--

No comments: